Ahad, 3 Mac 2013

Hizib Nawawi



Diantara kelebihan Hizib Imam Nawawi ini ialah :



  • Orang yang membaca Hizib ini akan terpelihara daripada kejahatan jin, manusia dan seluruh penduduk langit dan bumi.
  • Terpelihara daripada tipu helah orang-orang yang ingin melakukan kerosakan, sihir dan sebagainya.
  • Barangsiapa yang membaca Hizib Nawawi ini pada waktu pagi 10 kali, maka akan ditambah pembukaan dan pertolongan Allah kepadanya sama ada di dalam perbuatan, perkataan dan perilaku zahir dan batin.
  • Telah berkata Syeikh Al-Qutb Jamal al-Din Sayyidi Yusuf ibn Abdullah, bahawasanya barangsiapa membaca Hizb Nawawi selepas subuh dan Maghrib atau membacanya selepas subuh dan Isya'. Maka akan terpelihara daripada tenungan ahli mukasyafah, sihir, permusuhan dan peperangan.



  •  





    Isnin, 31 Disember 2012

    Zikir dan Doa untuk Murah Rezeki, Kesenangan Hidup dan sebagainya



    Sheikh Ad-Dumairi dalam kitabnya “Hayatul Hayawan” berkata, ia menerima pelajaran dari gurunya Al Arif Billah Abdullah Bin As’ad, dari gurunya Al Arif Billah Imam Abi Abdullah Umar Al-Quray, dari gurunya Abu Rubai’ Al Maliqy: Siapa yang membiasakan baca zikir dan berdoa selesai solat lima waktu, khususnya sesudah solat Jumaat, maka ia dijaga oleh Allah dari semua yang ditakutinya, dibantu dapat mengalahkan atau melemahkan musuhnya. Diberi kekayaan dan kecukupan, diberi rezeki dengan tak terbilang dan tak terkira datangnya serta dipermudahkan penghidupannya sehingga dapat membayar hutangnya sekalipun mempunyai hutang seperti gunung. Cara mengamalkannya cukup dibaca sekali selepas setiap kali sembahyang terutamanya selepas sembahyang Jumaat. Sebutlah :




    Sabtu, 22 Disember 2012

    Rahsia Dan Fadhilat Al-Mathurat


    Kita sebagai pelajar dan pejuang yang lemah di sisi Allah SWT sentiasa berhadapan dengan dugaan dan gangguan dalam meneruskan perjuangan dengan matlamat yang SATU  yakni berteraskan keredhaan Allah SWT, kejayaan di dunia dan juga di akhirat, keimanan dan ketaqwaan.

                Justeru itu, seorang tokoh ulama’ dan pejuang Mesir yang terkenal Al Syahid Imam Hassa Al-Banna telah menyusun semula doa-doa Rasulullah SAW ini serta menjadikan sebagai teras amalan perjuangan dan jihad.

                Kita semua yang dirahmati Allah SWT adalah sangat-sangat disarankan untuk mengamalkan setiap selepas Subuh dan Magrib atau sekurang-kurangnya selepas Subuh pada setiap hari untuk mendapat ketenangan, keberkatan dan kekeuatan hidup di samping niat dan doa supaya tenang jiwa, kekuatan minda dan fizikal, keyakinan diri, motivasi belajar, ketajaman akal fikiran dan kecerahan hati, keberkatan dan seterusnya kejayaan dalam belajar.








    Kelebihan al-Mathurat

    1. Perlindungan daripada syaitan yang direjam.
    Sabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa yang membaca A’u zubillah hilsami”… maka dilindungi daripada syaitan yang direjam hingga ke petang. 

                                                                               Riwayat daripada Anas r.a

    2. Perlindungan terhadap keluarga dan harta.
    Sabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang tidak akan didekati syaitan sampai petang. Jika dibaca waktu malam tidak akan didekati hingga pagi. Tidak akan dilihat apa-apa yang buruk menimpa keluarganya dan hartanya.

                                                                               Riwayat Ibnu Mas’ud

    3. HATI, atasi kerunsingan dan melembutkan hati yang keras.
    Sabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa yang membaca pada waktu pagi dan petang : Hasbiallah… tujuh kali, nescaya Allah SWT menguruskan segala kerunsingan tentang urusan dunia dan urusan akhirat.

                                                                                Riwayat Abu Darda

    4.  Pendinding yang amat kebal dan pelindung dari segala bencana.
    Surah al-Falaq dan an-Nas. Pendinding dari penjahat-penjahat seperti iblis, syaitan, manusia, jin, tukang sihir, orang pendengki dan dipelihara dan dijaga oleh malaikat.
    Rasulullah SAW meminta baca 3 kali pagi dan petang untung pelindungan dari segala bencana.

    Amin

    Jumaat, 2 Disember 2011

    Jaminan Rezeki Allah S.W.T.


    Ada seorang ulama’ sedang menghadap sepinggang daging. Ketika beliau yakin bahawa daging itu miliknya, tiba-tiba datang seekor kucing menyambar daging itu daripada tangannya dan membawa pergi. Beliau tertanya-tanya ke manakah kucing itu hendak membawa daging itu. Beliau terus mengekori kucing itu sehingga sampai di sebuah pondok usang. Di satu sudut kucing itu berhenti dan meletakkan daging itu di depan seekor ular besar yang buta.


    Inilah rezeki kurniaan Allah S.W.T. Di saat ulama’ itu yakin bahawa daging itu adalah rezekinya, Allah S.W.T. menukarkan rezeki itu kepada sang ular. Daripada cerita di atas menunjukkan bahawa jaminan rezeki dari Allah S.W.T pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah S.W.T. yang memiliki segala sifat kebesaranNya.

    وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
    Maksudnya :
    Dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya
    (Surah Hud : Ayat 6).

    Bersungguh-sungguhlah dalam mencari rezeki dan sentiasa memohon pertolongan daripadaNya. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pemurah. 

    Ahad, 20 November 2011

    Diam





    menghampiri bisu
    tidak tawa, juga tidak air mata
    hanya siratan
    dalam diam itu terkait makna

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...