Jumaat, 2 Disember 2011

Jaminan Rezeki Allah S.W.T.


Ada seorang ulama’ sedang menghadap sepinggang daging. Ketika beliau yakin bahawa daging itu miliknya, tiba-tiba datang seekor kucing menyambar daging itu daripada tangannya dan membawa pergi. Beliau tertanya-tanya ke manakah kucing itu hendak membawa daging itu. Beliau terus mengekori kucing itu sehingga sampai di sebuah pondok usang. Di satu sudut kucing itu berhenti dan meletakkan daging itu di depan seekor ular besar yang buta.


Inilah rezeki kurniaan Allah S.W.T. Di saat ulama’ itu yakin bahawa daging itu adalah rezekinya, Allah S.W.T. menukarkan rezeki itu kepada sang ular. Daripada cerita di atas menunjukkan bahawa jaminan rezeki dari Allah S.W.T pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah S.W.T. yang memiliki segala sifat kebesaranNya.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
Maksudnya :
Dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya
(Surah Hud : Ayat 6).

Bersungguh-sungguhlah dalam mencari rezeki dan sentiasa memohon pertolongan daripadaNya. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pemurah. 

Ahad, 20 November 2011

Diam





menghampiri bisu
tidak tawa, juga tidak air mata
hanya siratan
dalam diam itu terkait makna

Jumaat, 18 November 2011

Doa-Doa Untuk Kebaikan Keluarga Dan Zuriat Yang Dipetik Dari Al-Quran

Keluarga adalah mekanisme utama dalam pembentukan masyarakat. Keluarga yang baik dan sihat dapat melahirkan masyarakat yang harmoni, dedikasi dan inovasi sekaligus direhdai Allah S.W.T. Maka, marilah kita sama-sama berdoa memohon kebaikan untuk keluarga dan zuriat.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah Kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu,
(Al-Baqarah: 128)


رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
" Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan".
(Ali Imran: 38)


رَبِّ اجْعَلْ هَـذَا بَلَدًا آمِنًا وَاجْنُبْنِى وَبَنِىَّ أَن نَّعْبُدَ الاٌّصْنَامَ
 "Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri Makkah ini negeri Yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.
(Ibrahim: 35)



رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang Yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
(Ibrahim: 40)


رَبَّنَا اغْفِرْ لِى وَلِوَالِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Wahai Tuhan kami! berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang Yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Ibrahim: 41)


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
"Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.
(Al-Furqan: 74)




(Dimanfaatkan dari buku Didik  Anak Cara Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam karangan Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid)











Doa Ismu al A'zom


يا حَّيُ يا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنً


Maksudnya: Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Menguruskan, dengan rahmatMU aku memohon pertolongan. Perbaikilah semua urusanku dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata.
(Riwayat al-Nasai dan al-Hakim)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...