Jumaat, 2 Disember 2011

Jaminan Rezeki Allah S.W.T.


Ada seorang ulama’ sedang menghadap sepinggang daging. Ketika beliau yakin bahawa daging itu miliknya, tiba-tiba datang seekor kucing menyambar daging itu daripada tangannya dan membawa pergi. Beliau tertanya-tanya ke manakah kucing itu hendak membawa daging itu. Beliau terus mengekori kucing itu sehingga sampai di sebuah pondok usang. Di satu sudut kucing itu berhenti dan meletakkan daging itu di depan seekor ular besar yang buta.


Inilah rezeki kurniaan Allah S.W.T. Di saat ulama’ itu yakin bahawa daging itu adalah rezekinya, Allah S.W.T. menukarkan rezeki itu kepada sang ular. Daripada cerita di atas menunjukkan bahawa jaminan rezeki dari Allah S.W.T pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah S.W.T. yang memiliki segala sifat kebesaranNya.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
Maksudnya :
Dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya
(Surah Hud : Ayat 6).

Bersungguh-sungguhlah dalam mencari rezeki dan sentiasa memohon pertolongan daripadaNya. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pemurah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...