Sheikh Ad-Dumairi dalam kitabnya “Hayatul Hayawan”
berkata, ia menerima pelajaran dari gurunya Al Arif Billah Abdullah Bin As’ad,
dari gurunya Al Arif Billah Imam Abi Abdullah Umar Al-Quray, dari gurunya Abu
Rubai’ Al Maliqy: Siapa yang membiasakan baca zikir dan berdoa selesai solat
lima waktu, khususnya sesudah solat Jumaat, maka ia dijaga oleh Allah dari
semua yang ditakutinya, dibantu dapat mengalahkan atau melemahkan musuhnya.
Diberi kekayaan dan kecukupan, diberi rezeki dengan tak terbilang dan tak terkira
datangnya serta dipermudahkan penghidupannya sehingga dapat membayar hutangnya
sekalipun mempunyai hutang seperti gunung. Cara mengamalkannya cukup dibaca
sekali selepas setiap kali sembahyang terutamanya selepas sembahyang Jumaat.
Sebutlah :
Isnin, 31 Disember 2012
Sabtu, 22 Disember 2012
Rahsia Dan Fadhilat Al-Mathurat
Kita sebagai pelajar dan pejuang yang lemah di sisi Allah SWT
sentiasa berhadapan dengan dugaan dan gangguan dalam meneruskan perjuangan
dengan matlamat yang SATU yakni
berteraskan keredhaan Allah SWT, kejayaan di dunia dan juga di akhirat,
keimanan dan ketaqwaan.
Justeru itu,
seorang tokoh ulama’ dan pejuang Mesir yang terkenal Al Syahid Imam Hassa
Al-Banna telah menyusun semula doa-doa Rasulullah SAW ini serta menjadikan
sebagai teras amalan perjuangan dan jihad.
Kita semua yang dirahmati Allah SWT
adalah sangat-sangat disarankan untuk mengamalkan setiap selepas Subuh dan
Magrib atau sekurang-kurangnya selepas Subuh pada setiap hari untuk mendapat
ketenangan, keberkatan dan kekeuatan hidup di samping niat dan doa supaya tenang
jiwa, kekuatan minda dan fizikal, keyakinan diri, motivasi belajar, ketajaman
akal fikiran dan kecerahan hati, keberkatan dan seterusnya kejayaan dalam
belajar.
Kelebihan
al-Mathurat
1.
Perlindungan daripada syaitan yang direjam.
Sabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa yang membaca A’u zubillah
hilsami”… maka dilindungi daripada syaitan yang direjam hingga ke petang.
Riwayat
daripada Anas r.a
2.
Perlindungan terhadap keluarga dan harta.
Sabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari
surah al-Baqarah di awal siang tidak akan didekati syaitan sampai petang. Jika
dibaca waktu malam tidak akan didekati hingga pagi. Tidak akan dilihat apa-apa
yang buruk menimpa keluarganya dan hartanya.
Riwayat Ibnu Mas’ud
3.
HATI, atasi kerunsingan dan melembutkan hati yang keras.
Sabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa yang membaca pada waktu pagi dan
petang : Hasbiallah… tujuh kali, nescaya Allah SWT menguruskan segala
kerunsingan tentang urusan dunia dan urusan akhirat.
Riwayat
Abu Darda
4. Pendinding yang amat kebal dan pelindung dari
segala bencana.
Surah al-Falaq dan an-Nas. Pendinding dari penjahat-penjahat
seperti iblis, syaitan, manusia, jin, tukang sihir, orang pendengki dan
dipelihara dan dijaga oleh malaikat.
Rasulullah SAW meminta baca 3 kali pagi dan petang untung
pelindungan dari segala bencana.
Amin
Langgan:
Catatan (Atom)