Diantara kelebihan Hizib Imam Nawawi ini ialah :
Orang
yang membaca Hizib ini akan terpelihara daripada kejahatan jin, manusia
dan seluruh penduduk langit dan bumi.
Terpelihara
daripada tipu helah orang-orang yang ingin melakukan kerosakan, sihir dan sebagainya.
Barangsiapa
yang membaca Hizib Nawawi ini pada waktu pagi 10 kali, maka akan ditambah
pembukaan dan pertolongan Allah kepadanya sama ada di dalam perbuatan,
perkataan dan perilaku zahir dan batin.
Telah
berkata Syeikh Al-Qutb Jamal al-Din Sayyidi Yusuf ibn Abdullah,
bahawasanya barangsiapa membaca Hizb Nawawi selepas subuh dan Maghrib atau
membacanya selepas subuh dan Isya'. Maka akan terpelihara daripada
tenungan ahli mukasyafah, sihir, permusuhan dan peperangan.